Powered By Blogger

Monday 3 December 2012

BIAR BERGITU

Biar ghaibmu suatu misteri tiada ku mencari sebarang pembayang lagi. 
Biar ia bertanda tanya saja, hati ku dah lama bertitik noktah biar......
biarlah berlalu biar......biarlah bergitu.
Biar waktu mengubat rindu tiada ku mencari sebarang penawar pilu.
Biar lah mereka tertanya-tanya, hati ku dah lama berganti arah biar......
biarlah berlalu biar......biarlah bergitu.
Mana pergi janji setia di sisi, hanya aku yang tertunggu-tunggu waktu pun berjalan
tak berkesempatan kau hilang tanpa pesanan biar......
biarlah berlalu biar......biarlah bergitu...
biar ghaibmu suatu misteri tiada ku mencari sebarang pembayang lagi

Wednesday 7 November 2012

KISAH NABI MUSA dan NABI HARUN

 Nabi Harun adalah abang kandung Nabi Musa. Kisahnya dalam al-Quran selalu disebut bersama dengan kisah adiknya itu. Nabi Harun diangkat oleh Allah SWT menjadi nabi dan rasul untuk membantu tugas kerasulan Nabi Musa a.s. Baginda mendampingi Nabi Musa menemui Firaun untuk meminta agar Firaun melepaskan Bani Israil daripada perhambaan. Mereka menyampaikan wahyu daripada Allah kepada raja Mesir itu dan mengingatkannya serta meluruskan jalan hidupnya yang melampaui batas (tidak rela melepaskan Bani Israel daripada perhambaan) serta menyimpang daripada ajaran Allah SWT.

Ketika Musa masih berada di Gunung Sinai, Harun mendatanginya. Setelah mendapatkan tugas dan perintah daripada Allah SWT, kedua-duanya segera berangkat ke Mesir. Dengan ketabahan dan keteguhan iman, mereka menemui Firaun di istananya. Dalam pertemuan itu, Nabi Musa menyampaikan wahyu Allah SWT kepada Firaun dan meminta agar Firaun membebaskan Bani Israel daripada perhambaan.

Harun memiliki kemampuan berbahasa lebih fasih daripada adiknya. Oleh hal demikian itu, Musa memohon kepada Allah SWT agar mengutuskan Harun mendampinginya menemui Firaun. Permohonan itu bermaksud untuk membenarkan kata-kata yang disampaikan Musa, kerana baginda khuatir Firaun tidak mahu menerima kata-katanya.Ketika hendak mendatangi Firaun, mereka diperintahkan oleh Allah agar mengaku sebagai utusan Allah kepada Firaun. Mereka menghadap Firaun dengan membekalkan bukti-bukti kerasulan mereka daripada Allah.
Dengan lemah lembut, Musa dan Harun menghadapi keangkuhan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan. Akhirnya, Musa dan Harun berjaya membawa keluar Bani Israil dari Mesir. Ketika sampai di sekitar Gunung Sinai, Nabi Musa meninggalkan Bani Israel selama 40 hari untuk menemui Tuhan di puncak Gunung Sinai. Harun ditugaskan menjaga kaumnya. Baginda sempat mengingatkan mereka agar tidak menyembah berhala lagi. Ketika hendak menerima wahyu Allah SWT di Gunung Sinai, Harun diserahkan untuk memikul amanah oleh Musa untuk memimpin Bani Israel. Selama ditinggalkan oleh Musa, kaumnya membuat kekacauan.
Dalam suasana itu, muncul Samiri yang mengaku layak menjadi pemimpin Bani Israil. Dia membuat patung anak lembu emas sebagai sembahan. Bani Israel menyembah patung lembu tersebut dan melupakan Tuhan. Melihat kaumnya yang kufur itu, Harun berusaha mengingatkan akan kesesatan mereka. Baginda berusaha menghentikan kekufuran kaumnya, namun hati mereka benar-benar keras. Harun tidak berdaya menggalas tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Nabi Musa.
Setelah pulang dari Gunung Sinai, Musa marah kepada kaumnya dan menegur abangnya, Harun. Oleh sebab berasa marah dan sedih, seperti dikisahkan di dalam al-Quran, Musa melemparkan ‘loh-loh’ (Taurat) yang baru diterimanya daripada Allah dan memegang rambut Harun, sambil menariknya ke arahnya. Sesudah amarahnya reda, barulah diambilnya kembali ‘loh-loh’ (taurat) itu, kerana di dalam tulisan Taurat itu terdapat petunjuk dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepadaNya.
Nabi Harun a.s wafat terlebih dulu daripada Nabi Musa a.s dan dimakamkan oleh Nabi Musa a.s di Bukit Hur (Jabal Harun) di Semenanjung Sinai.

Monday 29 October 2012

UJIAN HIDUP

Ketika hidupku tertekan mengaburi pedoman, kepadanya akan ku pergi untuk mencari bimbingnya.
Aku serahkan takdir di tangannya untuk mengukir perjalanan walaupun ujian hidup melanda, aku tabah menerima. Walaupun tidak dikurnia kemasyuran dan tidak dilimpahkan kemewahan, hati ku tetap akan memuji namamu selalu Ya ALLAH. Walaupun tidak di beri kemakmuran akan aku memanjangkan kesabaran dan aku tetap bersyukur padamu ILAHI kerana mengurniakan nyawa ini. Allah sentiasa dihati selalu memberikan aku petunjuk apabila pemandangan samar. Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba, pasti ada hikmah diakhirnya.
..

Sunday 21 October 2012

SAHAJA AKU MENCINTAIMU

Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala, mampukah ku pertahankan cita ini, dalam mengabdikan diri padaMU. Andai ada kata yang lebih baik, dari ucapan terima kasih, pastikan ku ucap setulus hati, tanda cintaku padaMU. "Lailahaillallah..Allahu Rabbi", "Lailahaillallah..Allahu Akhbar".

Andai ada hadiah yang lebih baik, dari melodi syukurku, semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU."Hasbi Rabbi Jallallah", "Ma fi Qalbi Ghairullah", "Nur Muhammad Sallallah"

Setiap hela nafas, setiap gerak tangan, setiap degup jantung, setiap derap kaki, takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..ya Allah...

Tuesday 4 October 2011

KHAIRUN SHARNMIN: SEPANJANG HIDUP

KHAIRUN SHARNMIN: SEPANJANG HIDUP

SEPANJANG HIDUP

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan
Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku


Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

KHAIRUN SHARNMIN: ANDA DAN SAYA

KHAIRUN SHARNMIN: ANDA DAN SAYA

Wednesday 28 September 2011

ANDA DAN SAYA

Ada kebakaran yang bermula di dalam hati saya, mencapai padang yang hangat dan ia membawa saya keluar dari kegelapan. Akhir sekali, saya boleh melihat anda dengan jelas,
Teruskan...dan saya akan keluar dan saya akan meletakkan kapal anda yang terdedah,
Lihat bagaimana saya akan meninggalkan dengan sehelai setiap anda, Jangan memandang rendah perkara-perkara yang akan saya lakukan.
Ada kebakaran yang bermula di dalam hati saya, mencapai padang demam dan ia membawa saya keluar dari kegelapan. Parut kasih sayang anda mengingatkan saya tentang sesuatu, dan terus saya berfikir bahawa kita hampir mempunyai segala-galanya.
Parut kasih sayang anda juga membuatkan mereka meninggalkan saya sesak nafas dan tidak boleh membantu perasaan saya.

Kita boleh mempunyai segala-galanya, Kita juga boleh jatuh dan terus jatuh. Walaupun anda boleh mengalahkan saya, tapi ingat saya tidak pernah berputus asa, sehingga anda berfikir hingga terbakar kepala memikirkannya. Buangkan jiwa anda melalui setiap  pintu yang terbuka, menghitung berkat-berkat anda untuk mencari apa yang anda cari, saya akan menukar kesedihan saya kepada benda yang lebih berharga dan anda akan membayarnya dalam bentuk benda dan meraihkannya.





Friday 9 September 2011

BERTERIMA KASIH LAH

Susah sangat ke untuk cakap terima kasih....Kita tolong pun bukan sebab terpaksa, Kita buat kerna rasa tanggungjawap...tapi apa yang kita dapat hanya kata-kata tidak puas hati dengan apa yang kita buat... Cuba letak kan dirinya pada situasi Kita, mesti rasanya sama, kalau takde rasa apa-apa mungkin dia bukan mahluk Manusia...Pada anda di luar sana, cuba lah belajar berterima kasih seperti iklan di TV1, semua bangsa, bahasa ada belajar cakap terima kasih...Kalau tak tahu mai sini mai aku ajar sikit macam mana nak berterima kasih...


Manusia ni pelik lah, dia nak dihargai tapi dia tidak menghargai orang, orang macam nie campak kat lombong je bagus, biar mati lemas, senang...tak menyusahkan orang lain.......................................... Kalau rasa lah diri tu bagus sangat orang lain tak bagus, gi hidup sorang-sorang, orang lain pun banyak keje nak kena buat, tak buang masa, buang duit, yang penting takde masalah nak pikir...RENUNG KAN DAN SELAMAT MENCUBA RESIPI INI...