Powered By Blogger

Monday 29 October 2012

UJIAN HIDUP

Ketika hidupku tertekan mengaburi pedoman, kepadanya akan ku pergi untuk mencari bimbingnya.
Aku serahkan takdir di tangannya untuk mengukir perjalanan walaupun ujian hidup melanda, aku tabah menerima. Walaupun tidak dikurnia kemasyuran dan tidak dilimpahkan kemewahan, hati ku tetap akan memuji namamu selalu Ya ALLAH. Walaupun tidak di beri kemakmuran akan aku memanjangkan kesabaran dan aku tetap bersyukur padamu ILAHI kerana mengurniakan nyawa ini. Allah sentiasa dihati selalu memberikan aku petunjuk apabila pemandangan samar. Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba, pasti ada hikmah diakhirnya.
..

Sunday 21 October 2012

SAHAJA AKU MENCINTAIMU

Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala, mampukah ku pertahankan cita ini, dalam mengabdikan diri padaMU. Andai ada kata yang lebih baik, dari ucapan terima kasih, pastikan ku ucap setulus hati, tanda cintaku padaMU. "Lailahaillallah..Allahu Rabbi", "Lailahaillallah..Allahu Akhbar".

Andai ada hadiah yang lebih baik, dari melodi syukurku, semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU."Hasbi Rabbi Jallallah", "Ma fi Qalbi Ghairullah", "Nur Muhammad Sallallah"

Setiap hela nafas, setiap gerak tangan, setiap degup jantung, setiap derap kaki, takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..ya Allah...